Alin's




ayin;

Alin's Europe Tour








Okay Bello people I'm back yowww!!!!

Okay aku dah cakap nak buat entry baru pasal sejarah blablabla tu kan!! ehekss sooo entry ni aku nak tulis pasalllll sejarah sejarah (yang aku tahu jelah) dekat tempat tempat yang aku dah merantau haritu




Amsterdam
Windmills Village (Kincir Angin) -
kincir angin di Belanda mempunyai banyak kegunaan . kegunaan yang paling penting adalah mengepam air keluar dari dataran rendah dan kembali ke sungai melalui tambak , sehingga tanah boleh digunakan untuk bertani . Pada abad keempat belas , kincir angin berbentuk hollow digunakan untuk menggerakkan roda sudu untuk mengeringkan lahan basah.
Cheese - Keju adalah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu. tapi yang dekat sana tu dia pakai lembu mooo kehkeh. dia ada banyak jenis cheese tau. kita makan cheese sedap nyum nyum je kan tapi sebenarnya cheese ni keras gilaaa macam batu kalau hentak kepala memang berkecai. dia ada banyak saiz cheese dan makin lama cheese tu makin sedap lah cheese tu hiks. 
Kasut Kayu - orang tu cakap kasut kayu ni dah ada seribu tahun lebih dah. Dulu-dulu kalau nak buat dok kerat kerat kayu tu mahu ambik masa 3 jam nak siap ha. tapi sekarang pakai mesin 5 minit je dah siap. ok aku bagi detail sikit. Sumber : http://roy-nadzri.blogspot.my/2011/02/kasut-kayu-tradisi-700-tahun-yang-masih.html

Di Belandakasut kayu kebanyakannya digunakan oleh petaninelayan,pekerja kilangpengusaha  dan lain-lain untuk melindungi kaki mereka.Pakumemancing kait dan alatan  tajam yang mungkin menembusi kasut  biasa tidak mampu menembusi  kasut kayu.  Bagi pekerja Kapal,dermaga dan di kawasan yang  berlumpurkasut kayu juga menjadi pilihan mereka kerana ianya menjaga kaki  menjadi kering dan tidak lembab. kasut kayu juga digunakan sebagai sebahagian penting darikostum tradisional untuk  penari  tradisi  atau Klompendanskunst.  Ia dibuat dengan cara yang agak berbeza sedikit  untuk memudahkan pergerakan tarian dan  lebih ringan. Bahagian atas dipotong lebih rendah dari pergelangan kakiPenari akan membuat irama dengan menekankan jari-jari kaki dan tumit pada lantai kayu bagi menghasilkan irama hentakan kasut kayu yang indah dan mengasyikkan.

Luzern, Switzerland 






  • The Lion Monumen dalam bahasa Jerman dia Löwendenkmal ha pepandai kau lah sebut atau relief batu di Lucerne , Switzerland , yang direka oleh Bertel Thorvaldsen telah dibentuk pada tahun 1820-1821 oleh Lukas Ahorn . Singa ni untuk memperingati Pengawal Swiss yang telah dibunuh pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis, apabila revolusioner menyerbu Istana Tuileries di Paris.

    Mark Twain memuji arca singa ini sebagai "batu yang bergerak dan paling sedih di dunia

Paris





Menara Eiffel dalam bahasa perancis La Tour Eiffel ialah menara besii yang dibina di atas Champ De Mars bersebelahan Sungai Seins di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya,Gustava Eiffel menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antenatelevisyen setinggi 24m. ok dekat wikipedia dia tak cerita bnayak sangat tapi sebenarnya dulu dulu orang Perancis ni tak suka eiffel tower ni ha aku pun dah lupa kenapa tapi masa nak buat eiffel tower ni sekejap je diorang buat huhu.


Pada abad ke-17, dah ramai noh yg meninggal dekat Paris masa tu jadi perkuburan dekat sana dah penuh. Untuk selesaikan masalah negara ni mereka pun letak lah mayat mayat dekat dalam terowong/ bawah tanah. 
Orang yang duduk dekat dengan tanah perkuburan ni buat aduan sebab ada bau bau yang tak sedap dibau tu ha jadi pada tahun 1763, Louis XV keluarkan fatwa mengharamkan pengebumian di ibu negara tapi diatas penolakkan Church, tanah perkuburan tu tak diganggu. Pegganti Louis XV iaitu Louis XVI meneruskan perang salib, juga isytiharkan semua tanah perkuburan perlu dipindahkan di luar Paris. Tahun 1780, disebabkan hujan yg lama menyebabkan dinding Les Innocent runtuh. Jadi, dorg ni perlukan tanah perkuburan yg lebih baik untuk letak org mati. 
Oleh itu, dorg pun letak lah mayat2 ni dalam terowong. Tanah perkuburan mula dikosongkan pda tahun 1786. Nak pindahkan mayat tu semua amik masa selama 12 tahun ada lah dalam 6-7 juta tulang2 mayat ni.

Jadi, masa Revolusi Perancis, bandar ni pun berhenti lah pindahkan mayat2 ni pada tahun 1860 



Brussels, Belgium


Brussels ni dia ibu negara Belgium. Aku tak tahu sangat sejarah dia ni tapi ada satu sejarah yg memang menghiburkan aku adalah Manneken Pis. 


Manneken pis ni patung budak kecik tengah kencing. Sejarah dia ada banyak sangat version aku tak tahu mana satu yg betul. Tapi masa aku kat sana version dia adalah masalah perparitan pejadah lah aku memang gelak besar ah time tu amende masalah peparitan kena mengena dengan kecing budak tu adomak perparitan pundi dia bermasalah ke apa. (lol padahal aku dah lupa dah sejarah dia cemana senanya sebab malas nak baca)


Ok ada version ni macam logik sikit dan rasanya terkenal sejarah ni dekat sana. 
Version ni pula cakap pada abad ke-14, Brussels dikepung oleh tentera asing.  Bandar ni akan dibom dan dimusnahkan. Bagaimanapun seorang anak kecil bernama Julianske kebetulan ada dekat hamper tentera-tentera asing tu pastu kencing terkena fius yang sudah hampir untuk diletupkan. Fius tu pun akhirnya terbakar dan selamatlah Bandar Brussels.







Sejarah dan cerita ni semua aku dengar masa aku tak tidur je. kalau masa time mok cerita tapi aku tidur tu, maaplerr. ini berdasarkan apa yang aku dengar dari tour guide aku, orang orang yang dekat sana dan sedikit info dari internet.




kalau ada salah silap maaf ye :)
bye